Posted by: alongihsan | October 27, 2008

Tahniah…

Dikala ini aku baru sahaja pulang dari walimah sahabat aku di Selangor….(Sekinchan)

Tahniah kepada Cikgu Rafie bin Hashim dan Pn Habesah atas pernikahan yang aku rasa paling bermakna buat kalian… So bahtera perkahwinan pastinya dilabuhkan…Aku titipkan doa..Moga kalian diberkati dan dirahmati oleh Allah..Moga panjang umur dan murah rezeki…Selamat bercucuk tanam laa…Hehehehehe..Moga hasil tuaian yang berganda….Untung….Untung….

So bila dah berjalan jauh, so kepenatan dan keletihan pasti mengikuti jejak..Fuh!! Memang letih…Aku bersama beberapa orang rakan bertolak pada pagi Sabtu dari Parit Buntar, manakala sebahagian lagi bertolak pada pagi Ahad dari Cameron Highland..Sempat juga aku dan kaawan-kawan berkelah di Pantai Teluk Batik…So berkumpullah kami di checkpoint iaitu di rumah pengantin yang terletak di Sg Leman, Sekinchan.

Sebelum tu kumpulan yang bertolak pada pagi Sabtu bermalam lokasi yang telah dirancang rapi..Memang seronok berjalan ramai-ramai..Ada saja kerenahnya…Disini sempat aku rakamkan beberapa anekdot yang berlaku…

** Bestnye makan..Sampai kembung perut..Best laaa…Hahaha…

Posted by: alongihsan | September 20, 2008

Rencah

Dah lama aku tidak menempatkan apa-apa didalam lauhah ini..Nak kata sibuk pun tidak juga..Tapi mungkin kemalasan melanda…Ramadhan kian hampir menjarakkan diri.Bulan tawaran ganjaran Allah masih berlangsung. Namun hanya berbaki 9 hari sahaja lagi. Persoalannya, sudah penuhkah ganjaran yang kita peroleh? atau masih ditakuk lama? Biarpun banyak persoalan dan kemusykilan yang bertandang, tapi sikap endah tak endah dan memandang enteng masih menguasai jiwa..Bak kata ulama ” tidak dinamakan manusia melainkan selalu alpa”. Itu satu peringatan..

Perkataan TAPI…memang cukup popular dikalangan kita.. “Aku dah cuba TAPI….” Hah begitu bukan?..Selain itu perkataan KALAU juga berjaya menempatkan diri dikalangan perkataan popular akhir zaman..”Ishh KALAH lah aku jadi macam dia kan bagus”… Ini bukan jawapan sebenarnya..Tetapi lebih berupa alasan..Namun cuma kita yang menopengkan ia dengan mengakatakan ianya jawapan..

Bila kita sebut akhir ramadhan..Maka sibuklah sekelian umat makhluk manusia..Sibuk sekali dengan persiapan untuk menyambut hari kemenangan..Tapi adakah persiapan dan persediaan yang sama dilakukan diawal ramadhan dulu..Jawapannya pada diri kita sendiri…

Namun begitu, aku bermohon kepada Rabbul Jalil agar tidak menggolongkan aku di kalangan hambaNya yang rugi..Sudah menjadi lumrah kepada setiap hamba memohon kebaikan untuk diri sendiri…Takut kepada bahana neraka..Namun bagaimana pula persediaannya?..Jawablah sendiri

Posted by: alongihsan | September 4, 2008

Anekdot…

Hari ini dah masuk 4 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Sememangnya Ramadhan disambut dengan penuh penghayatan dan peradaban. Bulan Ramadhan dikenali dengan Bulan Maghfirah (Bulan Keampunan). Ia ibarat bonus kepada umat Islam dalam mencari seberapa banyak khairiyyah dan kebajikan didunia ini. Jadi tidak seharusnya ianya dibiarkan berlalu pergi begitu sahaja.

++Punca Rezeki++

Ramadhan juga secara tidak langsung merupakan lubuk rezeki. Lihatlah saja bazar-bazar Ramadhan yang sakan menjual aneka juadah dan hidangan untuk berbuka. Bukan sahaja dikunjungi oleh orang yang berpuasa, malah ramai juga kaum cina dan india turut sama memeriahkan dan memenuhkan orang disana. Aku juga obses untuk ke bazar Ramadhan. Almaklumlah, teruna bujangan.Hehe…

Petang tadi, aku menerima juadah berbuka . ASAM PEDAS. Sememangnya aku tidak menggemari masakan ini. Namun atas penghargaan tinggi, aku terima jua dengan seadanya. Tapi kali ini nyata ASAM PEDAS itu telah membuka seleraku. SEDAP + HEBAT.. Itulah perkataan yang mampu aku hamburkan..Memang lazat dan berlemak.. Ini secara telus, membuka seleraku terhadap ASAM PEDAS..Memang kena dengan tukang masaknya..Apapun jutaan terima kasih atas pemberian itu. Moga Allah membalasnya dengan ganjaran yang setimpal. Amin..

++SAKIT++

Ramadhan kali ini cukup memberi makna kepadaku. Aku dijangkiti virus Herbes (HC IID) yang menyerang kulit mukaku..Ah tidak selesa sekali aku dibuatnya..Satu beg yang penuh berisi ubat Antibiotik, harus aku habiskan, sebelum kembali berjumpa Doktor untuk melihat perkembangan..Tapi sekarang ianya beransur pulih.Alhamdulillah..Apapun aku bersyukur dengan apa yang telah diberikan kepada aku..

Itu sahaja coretan rapuku kali ini.. Hingga nanti…

Chenoreans0506

Posted by: alongihsan | August 30, 2008

Tamu Bertandang Lagi…

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana aku masih diberikan segala kenikmatan hidup hingga ke hari ini..Syukur yang tidak terhingga kepadaNya….

Tambahan pula Ramadhan Kareem bakal menjengah membawa sekali nur maghfirah, pasti membuatkan kehidupan setiap mukmin menjadi lebih bermakna..Jadi ayuh kita sama memperbaiki dan memperbetulkan setiap amalan kita..Agar kita tergolong dalam golongan yang terpilih…Amin Ya Rabb..
Sengaja Allah kurniakan Ramadhan kepada hambaNya..Ini sebagai BONUS kepada setiap makhluk yang menyatukanNya..Namun tidak semua hambaNya sedar akan hakikat ini..Malah kedatangan Ramadhan tidak langsung dihirau dan diendah..Malah membiarkan ia berlalu tanpa manfaat..Na’uzubillah..Moga aku tidak tergolong dikalangan mereka…

Semalam Pembentangan Bajet 2009 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia..Bajet yang dikatakan sebagai prihatin kepada rakyat itu disambut baik oleh rakyat negara ini..Sebenarnya perhatian kerajaan sudah lama ditagih..Tetapi, baru kini berhasil..Mungkin kerana tekanan dan impak politik yang melanda negara baru-baru ini agaknya…Bikin mereka terjaga dari lena yang berpanjangan….
Bajet kali ini lebih tertumpu kepada Sabah dan Sawarak..Ini kerana sekian lama MP dari Sabah dan Sarawak memperjuangkan suara rakyat diseberang sana yang dirudum kemiskinan tegar…Akhirnya berjaya diketengahkan…Tepukan meja dari seluruh MP menunjukkan sokongan kepada mereka..Namun dinasihatkan bantuan-bantuan itu, tidak disulam dengan gejala rasuah..Buatlah apa yang telah dimandatkan itu dengan amanah dan ikhlas..Moga mendapat ganjaran kelak…

Ok laa itu sahaja, aku sebenarnya boring dan tidak tahu berbuat apa..Lantas aku gerakkan jemariku dan buka laptop dan tulis rapuan ini..Petang ini aku nak ke Econsave untuk membeli perkakasan dapur..Almaklumlah, malam ini aku cadang nak masak…..

Ok jumpa lagi…
“Kenapa dikau terus menjauh?”

Posted by: alongihsan | July 4, 2008

Mencari Jejak Makna

Sudah lama aku tidak meluangkan masa untuk menukil kalam di lauhah ini..
Tatkala hari ini aku lapang sedikit..So aku tuliskan secebis tulisan yang terdetik dihati..
Ini pun atas saranan seorang yang aku anggap istimewa..So aku gagahkan juga gerak jemariku..
Terimalah …

Mencari Jejak Makna….

Jejak-Jejak makna
tertinggal dalam kelam
sewaktu mencari sinar
yang tadi meninggi
di ufuk peradapan.

Lantas,
sepaginya merenung
tatap langit yang gusar
bersama gumpalan resah
awan-awan kekeliruan.

Dan pada senjanya
tiada lagi air mata
untuk mentafsir
sebuah kisah hidup
yang telah pun mati…

Chenoreans0506

Posted by: alongihsan | June 6, 2008

Keindahan yang Hilang

Sayup-sayup undan tua berlagu hiba
terbang beriring di rembang petang
renik-renik mengirai bulu carik
melayang satu-satu berbaur debu
lesu berapungan di air lalu…

Daun-daun menghijau alangkah segar
kemilau danau disinar mentari
kali tenang betapa lembut mengalir ke muara
kedamaian melingkar rimba
lalu tumpah kasih nan jernih
erat bertaut cinta kasih

Malam hiba dadanya ungu luka
pungguk tersedu pilu di atas batu
bulan tiada lagi mendandan wajah
bintang malam pudar sinarnya
Ornag bicara bulan bintang di belebas malam
bulan tiada lagi mendandan wajah
bintang malam pudar sinarnya

Undan patah sayap gugur bulunya bertaburan
suara siapa parau mendera di malam lara
kali tenang tiba-tiba airnya bengis melanda
kepada siapa anak-anak kota desa berhutang nyawa???

Bulan kini bukan lagi menara kasih jernih
bintang-bintang bukan lagi saksi sumpah kekasih….

Chenoreans0506

Posted by: alongihsan | June 5, 2008

Balada Hilang Peta…

Dalam terang sinar mentari
Disitu berpaut
sekawan Kelicap asyik bercerita
Bena sekali bunyinya
Apakah yang dibincangkan ya?
Tertanya aku dalam kesima

Ku alihkan arah teropong fitrahku kesisi lain
Jauh pandanganku kali ini
Sayup nun disana
Terlihat kerbau beriringan
Badan penuh dengan palitan lumpur
Puas agaknya berendam…
Begitulah rentak irama hari ini
Terpesona sendiri aku diulit anekdot drama ini

Tiba-tiba..
Keceriaan hari ini tersentap!!
Mentari yang tadi gah
tampak suram dan muram
Kelibat awan mendung berarak deras
Mengambus segenap pelusuk lautan langit
Biru berubah hitam…

Deru angin mengganti sepoi
Ibarat lagu berubah rentak
Aku terpinga…
Lantas ku lari dari busut itu
Ibarat mengejar bayang sendiri…
Mencari sesayap tempat untuk berteduh…

Ah..! Rintik hujan membias tanah..
Rahmat turun tiada empangnya..
Mengabuli rintih penduduk bumi..
Hebatnya Tuhan…

Jiwaku terkilan
dek kerana belum puas menta’bir alam

Kendatipun begitu..
Biarpun seketika
Ia merungkai kesah di dada
Ia menghilangkan kesakitan semalam..
Walau sekejap…

Dalam mengah aku syukur
Kerana diperlihatkan
rutin semesta yang rapi
Tanda begitu agung kudrat Yang Satu..

Begitulah kacau jiwaku
Dulu berpelita
Sekarang bagaikan buta
Ibarat balada hilang peta…

Yang pasti…
Aku masih rindu pada rentak dulu..
Tenang sekali bila ku imbaui..
Aku rindu sekali padanya….

Chenoreans0506

Posted by: alongihsan | May 31, 2008

Tamparan…

Tatkala kita mermikirkan sesuatu yang amat berat, pasti membuatkan kita gundah dan cuak. Namun itulah, realiti yang harus dihadapi dan perlu aku rintangi.

Hembusan bayu yang menerpa, ibarat tamparan bagiku, tiada lagi kelembutan sepoi-sepoi yang kurasai. Semuanya keras ancak panahan yang tajam. Ahhh..Ketenanganku runtuh, pikiranku kusut. Aku rasakan jiwaku meruntun sakit. Luka berbalam pedih, pasti meninggalkan kesan. Sesungguhnya ia amat berat untuk ditafsir, sukar sekali dimengertikan. Namun biarlah aku sendiri yang memikul mas’uliahnya.

Dari mana hendakku mulakan, sampai mana hendakku noktahkan?? Kalut, malu dan sedar merobek sendi-sendiku. Lemah longlai badanku kali ini. Asakan buasnya membuatku terkedu. Apakah ada cara yang bisa merungkai kekusutan ini?

Apapun prinsipku, aku harus tabah dan kuat dalam merempuh ranjaunya. Aku ngerti, biarpun parut berbekas dihati, namun tiada apa yang nak dikesali. Waktu berlalu membawa kenangan. Mana mungkin untuk disekat mahupun ditahan. Aku relakan semuanya pergi.

Mari kita lihat sirah hidup si rama-rama. Di permulaan hidupnya sebagai ulat beluncas, tiada siapa yang berahi mendekatinya, malah ada yang geli kepadanya. Namun ia tidak berasa gundah, lalu bertapa di dalam kepompong buat seketika…Apa akhirnya? Dari kepompong, maka keluarlah si rama-rama. Dulunya ulat beluncas, sekarang nah..Terbang bebas di angkasa raya.Dikala itu, ramailah yang pingin benar dekat padanya. Molek benar paras khalqinya. Itulah kisah si rama-rama.

Aku pun pingin begitu, jiwa ternoda dengan kekotoran, maka perlu dibersihkan. Aku pasti akan menyendiri seperti si rama-rama.

Maaf…Itulah perkataan yang mampu aku nukilkan..Aku pasrah semua ini terjadi. Tak guna dikesali. Biarkan ia berlalu pergi…-Cukup kali ini..Tak mampu aku habiskan…Jumpa dilain masa dan tika…

Chenoreans0506…

Posted by: alongihsan | May 20, 2008

Sambutan Hari Guru 2008

Ini ada gambar yang boleh aku kongsi sepanjang Sambutan Hari Guru di sekolah aku….Yeeehaaa..Lepas sambutan tu..Aku bergegas bertolak ke Kota Bharu…

Ok Sekali lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar GURU di seluruh dunia…

Kepada semua pelajar yang telah bersusah payah memberi hadiah..Jutaan terima kasih diucapkan..Blajar sungguh-sungguh ok..Nanti ustaz pulak yang kasi hadiah…

Posted by: alongihsan | May 14, 2008

SELAMAT HARI GURU

GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG

Guru engkau ibarat lilin..
Menerangi apa yang ada di sekelilingmu..
Biarpun engkau membakar diri..
Namun engkau tak pernah pedulikan dirimu..
Dalam melaksanakan tugasmu..
Perit jeruhmu tak siapa yang tahu..
Cuma yang engkau tahu..
Menunaikan tanggungjawabmu..
Dengan memberi cahaya dalam kegelapan..

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURU DI SELURUH DUNIA..

KAMI GURU MALAYSIA

Kami Guru Malaysia
Berikrar dan Berjanji
Mendidik dan Memimpin
Putera Puteri Negara Kita

Pada Seri Paduka
Kami Tumpahkan Setia
Rukun Negara Kita
Panduan Hidup Kami Semua

Di Bidang Pembangunan
Kami Tetap Bersama
Membantu..Membina
Negara Yang Tercinta

Amanah Yang Diberi
Kami Tak Persiakan
Apa Yang Kami Janji
Tunai Tetap Kami Tunaikan…

Older Posts »

Categories